Thursday, March 12, 2009

Biskut Berhias

Biskut Mentega yang dihias dengan Royal Icing pelbagai warna. Adunan biskut boleh dicampur serbuk koko untuk perisa coklat.

Manakala aising kuning dengan perisa lemon, hijau dengan pudina, biru dengan esen keladi, merah dengan strawberi.

Terpulang pada kreativiti masing-masing atau tema sesuatu majlis seperti ulangtahun, pertunangan, perkahwinan dll.

Resepi Royal Aising :
Pukul (kelajuan minima) 1 biji putih telur dan masukkan sedikit demi sedikit gula aising hingga adunan kental dan tidak mengalir bila disapu ke atas biskut.

Asingkan ke dalam mangkuk kecil dan letak sedikit warna.

Bila warna asas (base atau background) telah kering, picitkan aising hiasan di atasnya atau di sekeliling biskut.

Kepekatan atau consistency aising hiasan adalah lebih kental sedikit daripada aising base dan perlu dimasukkan ke dalam beg aising dengan nozzle atau muncung bentuk bulat.



3 comments:

Anonymous said...

salam puan nor..
anak2 saya suka sgt mkn kuih belimbing,kalau x salah kuih ini byk dijual di negeri pantai timur.kalau puan x keberatan boleh x berikan resepi kuih belimbing itu?tq

myza said...

ya Ampun,sayang nye nak makan biskut2 comei niiii..buat hiasan tahan ke..kekekke..

hastuzam said...

Salam..Pn.Nor..cutter tu cantik2.. pn.Nor dimana ya nak dptkan? di Sitiawan ni agak terhad utk mendapatkan cutter sebegitu..

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez